Welcome to my world. Be nice here. Thank you.|+Follow | DashBoard|

//I'm Yana Tyrah

kenapa remaja sekarang suka bercinta ? boleh dikatakan semua remaja ingin bercinta . siapa yg tanak ? tadax la k0d tp rsa2nya da juga yg tanak . melalui percintaan 2 juga la mcm2 prkara b0leh jadi . tp tak semua 0rg yg bercinta sebenarnya jahat w'pun ada jgak sesetengahnya yg smpai lpa dunia krana trlalu brkhayal dgn dunia prcntaannya ! semua 0rg ingn mnghayati masa remajanya dgn brcinta trmasuk la aku sndri . hehe . 
0kay ! skunk aku na cerita sikit psal sebab2 remaja sekarang bercinta .

Sebab Remaja Bercinta :



PERCINTAAN di kalangan remaja sering membimbangkan ibu bapa. Bagaimanapun, remaja tidak dapat dihalang daripada bercinta kerana sememangnya itu fitrah manusia. Apatah lagi remaja yang baru mengenali cinta yang cukup seronok dimainkan perasaan dalam bercinta.Apa yang penting ialah setiap remaja perlu tahu mengapa mereka bercinta.
 
Adakah kerana kesepian , cuba meningkatkan keyakinan diri atau anda sememangnya gatal mahu bercinta? Mereka juga perlu bijak mengendalikan cinta dengan positif kerana cinta remaja tidak semestinya membawa kesan yang negatif. Sebaliknya, cinta yang dikendalikan dengan baik dapat dijadikan dorongan untuk remaja meningkatkan perkembangan sahsiah diri mereka.Apa saja alasan anda untuk bercinta, berhati-hatilah dalam memilih pasangan.
 
Berikut antara alasan yang kerap terjadi kepada remaja apabila mahu bercinta. Ia mungkin boleh membantu anda supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan mengelak mereka yang sebegini.

1. Bercinta kerana kasihan - Cinta yang didasari oleh rasa kasihan boleh menidakkan rasional. Mereka mungkin tahu mempunyai pasangan yang tidak sesuai, tetapi kerana dipengaruhi rasa kasihan, perasaan itu akan lenyap begitu saja.Cinta begini mudah retak jika perasaan kasihan itu semakin berkurangan. Jika ini berlaku, si gadis lebih terasa kesannya kerana mereka insan yang paling mudah menaruh kasihan berbanding lelaki.

2. Terikut-ikut untuk bercinta - Golongan ini bercinta kerana tekanan daripada orang lain. Remaja itu berasa tertekan kerana semua kawan-kawan sudah mempunyai kekasih sedangkan dia masih solo. Keadaan ini mendorongnya untuk mencari kekasih sambil lewa saja. Dalam erti kata lain, asalkan ada kekasih saja.

3. Bercinta kerana mahu menguasai - Ada sebahagian remaja mendapat dorongan kuat untuk menguasai orang lain. Kebiasaannya ia berlaku pada seseorang yang suka membuat peraturan, memaksa ideanya dan terlalu memburu cita-cita. Berikutan itu, mereka mudah meninggalkan pasangan jika kehendak mereka tidak dituruti.

4. Bercinta kerana nafsu - Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh tarikan seksual. Misalnya, lelaki akan memilih pasangan yang seksi manakala si gadis lebih kepada lelaki sasa, tampan dan gagah.Pasangan seperti ini akhirnya akan membawa diri kepada satu peringkat kesedaran bentuk fizikal bukanlah segala-galanya dalam percintaan.

5. Bercinta untuk bersaing - Kerap berlaku kepada remaja yang sanggup bersusah-payah untuk merebut kekasih demi untuk mengalahkan pesaingnya. Dia cuma mahukan kemenangan dan bukannya demi kekasih. Malah, ia juga disulami sifat dendam dan sakit hati. Kejayaan merebut kekasih pula dianggap sebagai simbol kemenangan walaupun dia sebenarnya tidak mencintai pasangannya.

6. Bercinta kerana memberontak- Kebanyakan remaja tidak suka apabila ibu bapa menganggap mereka seperti anak kecil dan perlu mengikut pelbagai peraturan. Sehubungan itu, remaja ini mencari pasangan sekadar untuk menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapanya supaya dia dilihat lebih dewasa.

7. Sikap ingin mencuba - sikap ini boleh dikatakan kepada remaja yang masih baru dalam dunia remaja seperti remaja yang berusia 13 tahun kerana ketika umur itu remaja berasa diri mereka sudah berhak dimiliki oleh kaun lelaki . apabila remaja lihat rakan2 sudah berpunya maka mereka pun ingin benda yang sama .




Banyak lagi sebab2nya tapi untuk entri kali nie aku na st0p setakat ini saja dulu . kalau ada masa 6ti , aku sambung lagi uke ? Hargailah relati0nship yg k0rg ada sekarang ini . kerna sesetengah 0rg yg bercinta buleh mnyebabkan mereka lupa kwn , keluarga dan pelajaran . jangan biarkan diri anda diselubungi misteri !

Terima Kasih kerana sudi membaca. Setiap komen anda amat dihargai dan akan dibalas sebagai tanda penghargaan


Older Post | Newer Post



This is my blog, my rules, my world. Me Nurliyana Athirah bt Roslin. Still 18 years old I love teddy bear.I officianly taken by Capital S.When you're in my blog, please respect be. Thank you.






Principals : Yaya Tedy
Assistant : Yana Tyrah
Designer : Yaya Tedy



// Forever Young-One Direction