Welcome to my world. Be nice here. Thank you.|+Follow | DashBoard|

//I'm Yana Tyrah

 
Holiday , Banjir? Apa maksud tajuk entri ni? Walaupun hati terasa nak taip keyboard untuk buat satu entri tp tangan kata malas, aku terpaksa ikut gerak hati juga sebab orang selalu cakap ikut kata hati dan jangan sampai menyesal. Menyesal? Maksud aku kalau aku buat sesuatu entri, bila aku dah tua nanti boleh jugak aku baca balik apa yg aku tulis kan dan gelak sorang2 itu pun kalau blog ni masih wujud. Mungkin wujud lagi kot2 aku teringin nak story something pasal cucu aku. Sebenarnya aku pi holiday dengan keluarga besar. Besar sangat kah keluarga aku or banyak sangat kah ahli keluarga aku? Aku rasa tak banyak pun sebab keluarga besar aku cuma ada 11 orang . Perancangan kami untuk melawat Zoo Taiping, Perak dan berendam di Air Panas, Kedah. Disebabkan nak pergi holiday aku bangun awal pukul 4.30 gara2 panas yg teramat dalam badan ni.. Means? Aku demam lah kan. Bila aku aku nak tidur saja mesti aku rasa panas dalam badan ni berkumpul dan terasa panas sangat2. Aku tak boleh tidur sampailah pukul 7, masa untuk aku bersiap2 utk holiday. Sebelum bertolak singgah makan capati dulu. Aku cuma sentuh sikit saja. Tak selera punya pasal. Lepas makan dalam pukul 9 bertolak ke Perak terus. Alahaii pakat bawak laju, dengan aku demam lagi, dengan sakit kepala lg. Aku tidur ja kat belakang tu, memang tak lah aku nak tengok jalan. Sampai perak dalam pukul 1. Hujan sudah mula membasahi bumi walaupun tidak terlalu lebat. Singgah makan dulu. Sudah makan hujan dah mula lebat dan takdak peluang nak masuk kereta untuk teruskan perjalanan ke Zoo Taiping. Kami lepak kat kedai tu sampai hujan reda tp malangnya hujan makin lebat. Air hujan melimpah2 keluar dari longkang besar, kereta serupa parking dalam air terjun dah sebab kedai yg kami makan tu jalan turun bukit. Akhirnya kami terpaksa redah banjir sebab kedai tuh dah mula masuk air. Ya Allah, bila keluar ja dr kedai tu baru tahu yg jalan kami nak lalu tuh dah banjir dan banyak kereta yg dah tersadai dekat situ dan dekat sangat dgn kami. Kami terpaksa cepat sebab kemungkinan besar kereta kami pun akan tersangkut kat situ. Kami patah balik ikut jalan kami lalu walaupun jauh tp malangnya jalan tu pun dah banjir. Air lumpur pulak tu. Kami tersangkut kat tengah tu. Kami masuk jalan taman tp jalan mati so terpaksa berhenti sekejap utk cari jalan keluar dr situ. Kami redah masuk taman mana taktau atas bukit alhamdulillah kami jumpa jalan keluar. Tapi jalan tu pun banjir dan dalam taman polis tu dah penuh air. Mahu tak mahu kena redah air kalau nak keluar cepat dr situ. Waktu redah banjir bas potong kereta aku, mau tak bergoyang kereta air tolak. Akhirnya boleh jugak keluar dr situ dan perancangan untuk ke zoo dibatalkan dan terus bertolak ke Baling, Kedah. Dari perak ke kedah memang jauh lah kan? HAHA. Sampai di baling pukul 6.30, kami bermalam di taman polis. Kami beli barang2 apa yg patut. Banyak pakat bawa makanan. Apa lagi, kenduri ramai2 lah kan. Lepas isyak aku tidur sampai org kejut nak pi Kolam Air Panas dalam pukul 10.30. Pukul 11 kami keluar dan singgah makan dulu. Yg hangatnya bila kelembapan menghantar air dan makanan dgn makanan yg tidak enak. Pukul 11.10 pesan, pukul 11.40 baru sampai air, lama kan buat air, air semua pakat tak sedap dgn ceroi/pudar, tak manis segala bagai. Air sampai lambat makanan lagi lah kan. Kami orang first pi kedai tu, tp mmg betapa lambatnya sampaikan ada pelanggan yg lari pi kedai lain. Nasi goreng kampung memang pedas tahap. Aku tak boleh makan sebab aku memang tak makanan yg pedas terlampau. Tokwan aku tolong urut2 bahu aku. Aauwww! Seronoknya bila ada orang tolong urut, pakat bg aku makan ubat. Lepas makan kami terus pi Kolam Air Panas. Orang tidur kami mandi manda kan. Itu normal kan? Kami main air sampai tak ingat dunia. Seronok lah kan sebab tengah2 pagi sejuk2 kami pekena air panas. Pukul 3 lebih baru kami teringat nak balik. Agak ramai jugaklah orang kat situ. Budak2 muda lebih banyak dr orang2 tua. Bersyukur sebab bila dah berendam dalam air panas, panas badan aku pun berkurang maybe air tu serap sebab nak bg air tu bertambah panas. HAHA. Sampai dirumah pakat masuk tidur. Ada yg tidur depan tv ja. Aku pukul 5 baru tidur, tu pun sebab ralik dengar lagu jiwang. Apabila aku bangun tidur adalah hari untuk aku mulakan hari yg baru dan harapkan hari itu lebih baik dr semalam. Itu sahaja yg aku nak story kali ni. Hak Menaip Hak Aku! Tapi kan kalau hampa nak tau setiap kali aku singgah makan mesti aku mintak Teh O Ais Limau dr Perlis sampai Perak sampailah ke Kedah. Tapi di negeri2 aku hanya minum Teh O Ais tp bila sampai Perlis aku dapat rasakan limau dalam Teh O Ais tu. Hampa pandai2 lah fahan apa yg aku maksudkan. Balik Perlis baru aku dapat rasa Teh O Ais Limau. Takpa. Mungkin limau habis or tukang order tu terlupa limau. 
 
.. Dalam demam terpaksa senyum bila depan kamera ..

  
.. Nampak tu air lumpur keluar dr longkang besar macam air terjun ..

 .. Air mula memenuhi kawasan Taiping .. Jalan banyak ditutup ..

 .. Kesian pakcik tu dalam hujan lebat bawa motor ..

 .. Kolam Air Panas kami datang ..

 .. PakNgah buat malu depan kamera ..

 .. Nampak asap tu? Menandakan bahawa kolam itu panas :D Kami dalam tu dah tak panas ..

 .. Dia lah budak yg takmau balik, asyik nak mandi saja, tak pernah puas walaupun baru usia 2 tahun ..
Dia mandi paling awal dan paling akhir..
  Dah nak balik .. Alhamdulillah .. Demam mulai surut dan dah boleh tersenyum cuma hidung sahaja yg masih buat masalah .. 

Akibatnya !! Inilah ..Upacara bersen(betul kah eja mcm ni)tak menjadi .. Air mata mula bertakung .. Anda mungkin pernah alami keadaan seperti saya?

Terima Kasih kerana sudi membaca. Setiap komen anda amat dihargai dan akan dibalas sebagai tanda penghargaan


Older Post | Newer Post



This is my blog, my rules, my world. Me Nurliyana Athirah bt Roslin. Still 18 years old I love teddy bear.I officianly taken by Capital S.When you're in my blog, please respect be. Thank you.






Principals : Yaya Tedy
Assistant : Yana Tyrah
Designer : Yaya Tedy



// Forever Young-One Direction