Welcome to my world. Be nice here. Thank you.|+Follow | DashBoard|

//I'm Yana Tyrah

 
Ubah Mind Set Kamu
Elakkan mind set kamu bahawa perkara yang kamu akan dengar nanti mesti membosankan dan membuat kamu mengantuk. Hal ini kerana mind set sebegini melahirkan cas negatif dalam diri kamu dan menutup keupayaan kamu untuk mendengar dengan lebih baik.

Tanamkan Niat Untuk Mendengar Dengan Fokus
Tanamkan niat dalam diri untuk mendengar sebaik-baiknya. Niat yang baik akan disusuli dengan tindakan yang baik. Tindakan mendengar dengan baik pula akan berhubung dengan menghasilkan kesan yang baik di mana kamu akan lebih memahami dan menguasai pelajaran tersebut.

Berada Dalam Keadaan Siap Sedia
Persediaan dari segi moral, emosi, dan fizikal juga sangat penting.  Oleh yang demikian, sebelum mendengar, kamu hendaklah memastikan yang kamu berada dalam keadaan yang selesa. Kemudian, tarik nafas serta kosongkan minda dengan perkara-perkara lain dan tidak berkaitan. Percaya atau tidak, emosi yang tidak stabil juga mampu mempengaruhi ke arah pendengaran yang tidak berkesan.

Sediakan Peralatan Untuk Mencatat dan Menulis Bahan Yang Didengar / Disampaikan
Setelah bersiap sedia dan bertenang, jangan lupa untuk memastikan bahawa segala peralatan untuk mencatat dan menulis bahan yang didengar dibawa ketika proses pembelajaran. Sekiranya sudah disediakan bahan, kamu boleh menggariskan isi-isi penting dan menambah maklumat lain yang tidak terdapat dalam nota tersebut. Mendengar sambil mencatat akan mampu membantu kamu untuk lebih memahami dan mengingat hasil pembelajaran tersebut.

Jarak atau Kedudukan Yang Lebih Dekat
Jangan takut untuk duduk di barisan hadapan atau berdekatan dengan guru kerana jarak atau kedudukan yang dekat merupakan antara faktor dalam mempengaruhi aktiviti mendengar.  Lagi dekat atau berhampiran kamu dengan guru atau penyampai maklumat, lagi mudah dan jelas ilmu yang kamu terima dan pelajari.

Tumpu Perhatian
Menumpukan sepenuh perhatian ketika proses mendengar semestinya perlu untuk mendapatkan hasil dan mencapai objektif belajar. Sekiranya tumpuan kamu terganggu, asyik berangan dan tidak memberikan sepenuh perhatian, kamu akan tertinggal maklumat yang disampaikan. Objektif kamu menghadiri kuliah juga sia-sia kerana di akhir pembelajaran, kamu tidak beroleh apa-apa ilmu.

Jadilah Pendengar Yang Aktif Bukan Pasif

Menjadi pendengar yang baik ialah bukan sekadar mendengar dengan telinga tetapi juga perlu mendengar dengan minda dan hati yang lapang serta terbuka. Ramai orang menganggap bahawa mendengar adalah aktiviti pasif di mana mendengar hanya menyerap mesej yang disampaikan oleh penyampai. Tanggapan ini adalah silap kerana pendengar hendaklah menyediakan minda yang aktif untuk memberi respons kepada mesej yang disampaikan. Sekiranya tidak faham, kamu boleh terus bertanya kepada guru atau penyampai maklumat. Ingat ya, proses mendengar bukanlah proses satu hala sahaja kerana ia merupakan proses penghantaran dan pertukaran maklum balas.


Nota : Selamat mencuba ! Samalah kita praktikan tips ini ketika sesi pembelajaran. Ubahlah hala tuju anda sebelum terlambat. Tips ini juga berguna kepada saya kerana saya sendiri pun selalu tidur dalam kelas. haha.




Terima Kasih kerana sudi membaca. Setiap komen anda amat dihargai dan akan dibalas sebagai tanda penghargaan


Older Post | Newer Post



This is my blog, my rules, my world. Me Nurliyana Athirah bt Roslin. Still 18 years old I love teddy bear.I officianly taken by Capital S.When you're in my blog, please respect be. Thank you.






Principals : Yaya Tedy
Assistant : Yana Tyrah
Designer : Yaya Tedy



// Forever Young-One Direction