Welcome to my world. Be nice here. Thank you.|+Follow | DashBoard|

//I'm Yana Tyrah

 

Memandang sekarang bulan ramadhan.. Sekolah aku balik awal hari nii pukul 1.25 tengahari berbanding hari lain balik pukul 1.30 tengahari.. Alaaa.. Awal 5 minit ja pun. Tapi hari jumaat still balik maca biasa pukul 12. Memandangkan hari balik pukul 1.25, aku rancang nak teman dia pi beli baju raya atau lebih dikenali baju melayu untuk raya dekat Jitra. Sebab depan Yawata tu kan ada gerai banyak2 yg dok jual baju raya tu. So, balik pukul 1.25 tapi sampai rumah pukul 1.45. Wuu. Biasalah bila sekolah jauh dari rumah. Memandangkan myvi tu dah jadi hak milik aku sekarang, aku rancang nak pi dgn myvi. Target pukul 2.30 kelar dr rumah dan memang pukul 2.30 tepat aku start kereta keluar dr kawasan rumah. Sampai rumah dia pukul 3 tepat. Masa yang memang dok dalam target dah. Salam2 dgn family dia segala bagai, kami terus drive pi Jitra. Dia drive aku dok tepi langut tengok jalan saja. haha. Sembang2 segala bagai, sampai jugak Jitra haa. Pernah bergaduh pasal topup, pernah bergaduh pasal duit, pernah bergaduh pasal aku bawak kereta laju, hari ni pulak bergaduh pasal parking. haha. Okay la okay ! Aku dengar cakap dia juga. Jalan2 cari baju melayu, dalam masa yg sama aku tengok2 baju kurung. Agak menarik hati aku juga la baju2 kat situ. Ada yg cantik, ada yg tidak. Normal lah kan benda2 mcm tu. Okay ! Bebai lg bebai lg ! Pi cari baju dia, tema dia kali ni oren so terpaksa cari baju oren sampai jumpa. Ada tu memang ada tapi malangnya susah nak cari saiz dia, baju senang cari tp seluar susah nak cari sebab tinggi menggunung. haha. Aku just buat taktau ja time dia pilih baju, semuanya tak padan. Last2 sekali dengan panas dok dalam kedai tu, aku ambil keputusan tolong dia cari baju. Alhamdulillah, baju yg aku cari tu memang padan dengan dia. Padan semua, tak perlu risau dah seluar singkat. haha. Mungkin berkat pertolongan isteri kot. hee. Cewahh ! Gedik lah aku ! Okay sambung bebai balik. Jalan lagi, jalan lagi. Dia tanya takmau beli apa2 kaa, aku buat tak dengar ja. Aku tengok2 baju kurung ja. Tiba2 dia hilang, aku cari juga lah lepas tu tp still buat taktau. Rasa mcm jumpa apa yg aku nak, tp tak beli pun. so, biaq ja, Niat aku hari ni just nak pi teman dia beli baju melayu ja. Untuk aku, lain kali ja lah haa. Lepas dia cari aku, aku ajak balik sebab takut lewat sampai. Dia buka beg plastik dan tanya tudung ni mau ? Aku pun ingatkan tudung bawak biasa rupanya tak. haha. Aku memang dok rancang nak pakai tudung jenis tu lah raya ni. Yeah ! Lepas tu terus senyum serupa kerang busuk. Dia beli warna tu, dia kata warna tu sesuai dengan aku dan dia suka warna tu. Aku pun terus senyum dan terus senyum. Aku tak pernah bagitau yg aku memang nak sangat beli tudung jenis tu even tudung tu mybe dah ketinggalan zaman. Tapi hari ni dia serupa dapat baca fikiran aku. Alhamdulillah, kami sampai rumah dengan selamat walaupun ada beberapa perkara yg aku tak berapa suka hari ni. Teman dia beli baju melayu, aku dapat hadiah tudung.. Wuuu ! Suka. suka. suka. Dah balik rumah masing, keluar pi bazar pulak. Jumpa pula kat bazar. haha. Adakah ini yg dinamakan jodoh ? 
 
Aku terima seadanya sekiranya dia memang ditakdirkan untukku, tapi jikalau dia bukan jodohku, maka, jauhkanlah hati kami dari bersatu.

Relationship : 1 Tahun 3 Bulan 12 Hari

I want our relationship to be like Tom and Jerry. No matter how many times we fight, we won't be apart.

Note : Segala yang diceritakan di atas bukan untuk tontonan umum. Cukuplah sekadar membuat aku            
          tersenyum sendiri ketika membaca diari ini suatu hari nanti. Moga2 setiap coretan aku ini akan
          mengingatkan aku bahawa aku juga berhak untuk TERSENYUM dan BAHAGIA seperti orang lain.

Terima Kasih kerana sudi membaca. Setiap komen anda amat dihargai dan akan dibalas sebagai tanda penghargaan


Older Post | Newer Post



This is my blog, my rules, my world. Me Nurliyana Athirah bt Roslin. Still 18 years old I love teddy bear.I officianly taken by Capital S.When you're in my blog, please respect be. Thank you.






Principals : Yaya Tedy
Assistant : Yana Tyrah
Designer : Yaya Tedy



// Forever Young-One Direction