Welcome to my world. Be nice here. Thank you.|+Follow | DashBoard|

//I'm Yana Tyrah

 

       Memandang hari ni hari terakhir dalam tahun 2013, terdetik hati aku nak update something di blog kesayangan aku yang telah lama aku biarkan berjanda, kini aku kembali lagi untuk sekian lama aku menghilang. Mungkin setelah sekian lama aku menghilang itu aku terlampau sibuk dengan peperiksaan STPM yang baru saja selesai 28/11/2013. Kini secara rasminya aku bukan lagi pelajar sekolah dan kini aku menjadi ex-student praUniversiti SMK Dato’ Sheikh Ahmad. Dalam pada aku menjadi pelajar praU, macam-macam dah terjadi dan mungkin yg tak dapat aku lupakan. Segala pahit manis tercipta disitu. Dalam tempoh masa itu aku telah dapat berkawan dengan orang-orang yg tak dapat buat aku ketawa, tersenyum dan menghilangkan rasa stress yg selalu aku rasa di rumah. Mungkin kami telah mendapat gelaran buddyz daripada kawan-kawan yang lain. Mungkin dalam aku kenal mereka ni aku telah kemana saja dengan mereka, jalan-jalan, makan-makan, tengok wayang dan macam-macam lagi lah. Tempat yg paling selesa kami nak melepak adalah di belakang kelas, memang dah tersedia satu meja untuk kami lepak, menyembang, sarapan pagi + makan tengahari, gossip, gelak ketawa kami disitu. Memang happening habis lah dengan depa ni, ada saja benda nak diceritakan walaupun benda tu sebenarnya benda kecil saja. Dalam rancangan tu kami nak beli baju yg sama untuk dipakai, nak pi bercuti sama-sama sampaikan kami siap plan nak honeymoon sama-sama. Haha. Mungkin disebabkan bilangan kami yang sedikit kami selalu dinampakkan macam pasangan walhal jauh sama sekali dari semua tu. Kami mungkin dua lelaki dan dua perempuan tapi semua tu hanya setakat kawan saja. First sekali Farah, dia sebenarnya seorang yg sangat senang diajak ketawa walaupun dalam hati dia selalu membara saja, memang kalau nak melepak takdak dia memang tak bestlah sebab takkan ada suara yang gelak kuat yg boleh memecahkan suasana. Dia ni selalu akan jadi bahan kawan-kawan utk ketawa. Mesti aka nada juga benda yg jadi bahan utk kami bertiga. Dia ni susah sikit nak diajak keluar atas sebab-sebab tertentu. Second, Afiq. Dia ni sebenarnya orang yg paling suka mengucai kawan-kawan sendiri. Mengucai tu ada saja benda yg dia nak buat orang marah. Dia ni jenis mudah kalau nak diajak pi mana-mana janji ada orang pi ambil dia atas faktor-faktor tertentu. “Lesen”. Satu perkataan yang akan buat dia tutup mulut dan diam dan perkataan yg akan keluar dari mulut dia ‘bodoh’. Hura-haralah gelak ketawa kawan-kawan yang lain. Haha. Dia ni kalau tak buat orang sakit hati memang tak sah lah. Jarang nak Nampak dia ada masalah dan dia susah nak bercerita dgn kawan-kawan. Orang-orang tertentu ja yg dia akan buka mulut. Aku kenal dengan dia ni dari sekolah rendah lagi sebab kami dari kampung yg sama dan sekolah rendah yg sama cuma kami yg dulu tidaklah serapat yg sekarang. Third Wafiy. Wafiy ni aku kenal waktu awal-awal masuk praU, first tu sebenarnya aku tak berapa nak senang kawan dgn dia. Mungkin atas sebab tertentu juga. Lama juga la aku nak biasakan diri dgn dia sebab waktu kenal dulu takdaklah serapat sekarang. Dia ni jenis yg caring. Caring sangat pasal kawan-kawan. Tak pernah lupa kawan. Memang jenis baguslah. Dalam 3 orang ni, wafiy lah orang yg paling aku rapat dan selalu ada time aku perlukan. Kalau nak pi mana-mana dan takmau pi sorang-sorang mesti aku ajak dia itupun kalau dia free sebab dia ni asyik sibuk dgn training ja. Kalau sehari tak text memang tak sah. Selalunya kami akan text setiap malam disebabkan pagi aku kerja, so, malam sajalah yg aku free. Macam-macam story lah yg kami akan kongsi dan akan saja pendapat yg aku perlukan dari dia. Dia ni memang pendengar setialah dan selalu ada time aku nak bercerita. Tapi memandangkan sekarang kami semua dah habis study, so, kami pun jarang dah nak bergelak ketawa macam selalu. Masing-masing dah ada haluan hidup masing-masing. Apa-apa pun buddyz takkan terpisah.

       Entah kenapa sekarang kami dah tak macam dulu. Jarang nak keluar sekali. Salah aku atau salah mereka ? Aku tak tahu. Kalau salahnya dari aku, aku minta maaf. Mungkin dalam beberapa bulan yg lalu, kami ada sedikit salah faham yg bukan sengaja diminta. Bermulanya dari salah faham tersebut kami terus dijarakkan. Mungkin aku yg cuba mengelak atau mereka cuba mengelak dari aku atau keadaan yg cuba menjarakkan kami. Ya. Mungkin aku dgn mereka dah jauh sekarang ni tapi walaupun kami dah jauh, kenangan yg kami cipta terlalu banyak. Mereka juga teman untuk bergelak ketawa. Aku kenal mereka lebih lama dari aku kenal farah, wafiy dan afiq. Aku tahu mereka macam mana. Walaupun aku dengan mereka dah jauh tapi aku tak pernah lupa mereka. Mereka tetap sahabat. Lepas apa yg jadi, Alhamdulillah semuanya dah kembali pulih macam selalu cuma kami dah tak serapat dulu. Mungkin mereka juga tahu benda ni. Satu hari nanti aku akan cari masa dan hari untuk keluar dengan mereka. InshaAllah. Harap lepas ni takkan ada lagi salah faham antara kami. Lyn, Fifi, Een, Wan, Fasihah, Intan, Shaza, Shu, Nab. Aku tak pernah lupa hampa. Tutup lembaran lama dan buka lembaran baru. Buddyz takkan terpisah.

Nota : Aku akan cuba untuk menjadi lebih matang dari sebelum ini. Biarkan apa yg berlalu terus berlalu, dan cipta kenangan untuk ke hadapan.

Kini aku akhiri laman blog sesawang aku ni dengan pengakhiran tahun 2013 dengan tarikh 30/12/2013.

Terima Kasih kerana sudi membaca. Setiap komen anda amat dihargai dan akan dibalas sebagai tanda penghargaan


Older Post



This is my blog, my rules, my world. Me Nurliyana Athirah bt Roslin. Still 18 years old I love teddy bear.I officianly taken by Capital S.When you're in my blog, please respect be. Thank you.






Principals : Yaya Tedy
Assistant : Yana Tyrah
Designer : Yaya Tedy



// Forever Young-One Direction